Posts

Tahun 2020 dan Covid-19

Dalam pada aku kata aku nak jadi Youtuber dan upload cara² nak jana pendapatan guna Youtube, sedar tak sedar, dah separuh tahun 2020 - kereta terbang masih tiada penampakan di langit dan aku masih tak jadi Youtuber. Bukan tu saja, entry pasal cara jana pun aku tak tulis. Dunia ni makin cepat berputar dan aku masih macam ni saja. Oh, looser gila. Dan setelah 5 bulan, kita masih lagi berdepan dengan wabak Covid-19 yang tiada siapa sangka, yang menyebabkan kita sekarang memasuki fasa normal baru. Dulu tak kisah ada germs kah, keluar bilik air kena basuh tangan kah, ku tak peduli. Sekarang, dah tahu cara basuh tangan dan guna hand sanitizer yang betul. Thanks to this Covid-19. Kalaulah China tak sorok fakta ni dan kalaulah mereka tak benarkan rakyat mereka keluar negara waktu cuti Raya China dan kalaulah kerajaan Malaysia sekat kemasukan orang luar lebih awal, sediakan pusat kuarantin untuk mereka yang balik dari luar negara.. Kalaulah Mahathir - Perdana Menteri Malaysia ke-4, ke-7

Dah nak masuk tahun 2020

Ok. Lepas lama aku tak menulis, dah dekat 3 tahun kot eh, bila aku baca balik bebelan2 aku, aku dah tak rasa sakit hati (especially kat bos aku) dah tak sama macam masa 3 tahun lepas, betapa benci menyampah hina-dina aku rasa. Tapi yang buat aku sedih, tak banyak benda yang berubah dalam hidup aku. Yang berubah hanyalah usia. Aku masih kerja dengan bos yang sama aku mengadu dalam ni dan yang memalukan bos aku pun dah slow sikit mulut dia tak macam dulu. Walaupun perangai menjengkelkan dia tu masih ada, tapi dah banyak berubah berbanding dulu. Aku pulak yang makin teruk. Huwaa. Ceritanya kenapa aku mula balik tulis blog ni sebab aku terbaca seorang artis Kpop dari kumpulan Mamamoo, Solar yang mendedahkan dia berjaya dapat 100 juta won atau duit Malaysia RM357 ribu sebulan melalui channel Youtube dia! I was like, wow! Jadi aku macam.. ok, dah nak 2020, hidup aku masih statik, sama, gaji pun tara tu, apa kata aku buat sesuatu yang baru, macam mula buat Youtube channel dan jana pendapa

Logout Facebook

Hari ni aku logout dari facebook aku, sebab kalau nak deactivate macam over pulak. Kadang-kadang ek, apa yang ko nak sampaikan, bila orang tak faham satu hal, tapi bila orang pandang komen ko tu macam ko ni seorang jahat mulut, aku jadi macam what the heck?! Dan lagi-lagi orang tu adalah orang yang sama masa aku belajar, masa main macam mentor mentee dia ingat aku mentor dia sebab surat-surat yang dia terima macam laser gitu dan dia ingat aku? Hah! Sentap dan rasa tak adil ok? Ditambah pula bila ada dua orang yang salah faham. Terus terngiang² tajuk esei 'Media Sosial Lebih Membawa Kepada Keburukan dari Kebaikan. Bincangkan.' Arghh, aku rasa nak mencarut, rasa nak bagitau dunia yang aku tak maksudkan begitu, tapi macam nampak kelakar pulak dah tua-tua nak berdebat dalam facebook dan aku dok fikir apalah yang orang fikir akan aku nanti. Dang! Da la sebelum ni pun ada orang salah faham post aku. Kita ingat nak gelak² nak happy² tau² ada yang tak berkenan. Siap cerita dosa pahal

Cheese & chess. Kenapa bukan keju?

Image
Aku selalu nampak dalam page memasak, ada yang tulis 'apam chess', 'jemput-jemput chess' dan aku macam... arkkk, tidakkah kau perasan yang orang lain tulis cheese? Lepas tu bila ada orang betulkan, dia jawab dengan angkuhnya (aku dapat vibe angkuh) hahaha.."Tak pelah, janji sebutan sama" Aark! Mana boleh macam tu kakak-kakak, adik-adik, dan ketahuilah bahawa dua benda ini, Cheese & Chess tak sama sebutannya pun. Kenapa tak guna keju je? Tak salah pun. Hmmm....Paling parah, kalau orang berniaga (pernah nampak di pasar) pun guna chess..macam kakak, napa tak check sebelum tulis? Aku bukan nak cari isu, tapi tak salah untuk kita betulkan yang biasa kan? Aku selalu tak kisah kalau orang eja salah ke apa, tapi bukan cheese dan chess. Ko nak cakap pasal cream ke, picture husband ke, fast to fast ke, aku macam ok lagi. Dan aku pun bukan pandai bahasa Inggeris tapi dua ni aku mesti akan rasa cringe gila bila baca. Jom tengok kat bawah nie, dua benda yang be

Bila nak kahwin?

Image
Hari tu aku jumpa kawan lama. Bertahun tak jumpa. Sejak dia belum kahwin, sampai dia dah berjaya kahwin dan ada anak dua. Haha. Lama tak lama tu? So dah jumpa tu biasalah kan mukadimah biasa, bila nak kahwin, dah ada calon belum? Semua soalan dia tu hanya ada satu jawapan. Tak tahu, tak ada. Aku rasanya adalah salah seorang manusia yang berjiwa besar tak akan sentap dengan soalan macam ni. Tapinya yang buat aku nak tulis ni sebab dia cakap, biasalah, orang kalau dah sibuk dan busy / fokus dengan kerjaya mesti dah tak boleh nak fikir pasal lain dah. Mesti utamakan kerja. Oh beb, kalaulah kau tahu, bukan sebab tu, tapi sebab dah tak dak siapa yang nak, aku pun dah tak nampak cara cana nak berjumpa jodoh aku tu (kadang² aku ada syak gak, mungkin dia da tak dak kat dunia ni kot) haha, aku pun dah malas nak fikir sebenarnya beb. Bukan sebab aku obses dengan kerjaya. Nehi kabi nehi! Tapi dah alang² cakap pasal ni, tak semua orang boleh terima soalan bila nak kahwin ni ok. So, kalau

Do you ever think about my feelings?

Image
Lama dah aku tak tulis kat blog ni. Dulu buat sebab saja nak cari medium untuk meluahkan perasaan selain facebook, yang bila kau luah kawan-kawan kau pun tak tahu. Haha. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku berjaya buang masa tanpa berbuat apa-apa, jadi macam jadi tak cukup masa nak buat benda lain. Kahkah. Awal bulan ni (November) aku dok kena bambu dengan bos aku pon aku boleh steady tak buat luahan perasaan biarpun aku dah bengkak-bengkak mata nangis kat ofis. Kalau nampak gaya macam love-hate relationship pula dengan bos aku ni kan. Aish, tapi tu lah, apa dia cakap tu memang harsh gila, ungkit semua perkara sebelum² nie dan membebel macam mak nenek. Paling menyampah cakap kalau aku reti buat kerja, dia tak kisah nak bayar aku berapa-berapa. 5-6k pon dia willing to, tak berkira pasal bonus, pasal increment. Puihhh. Dah la tak pernah naikkan gaji aku sejak 4 tahun lepas. Dan aku tak pernah mintak pun suruh naikkan sebab aku tau la aku punya tahap kemampuan kan. Lepas tu dia cakap, aku ni

Tahap penguasaan bahasa Inggeris

Semalam telah viral video ucapan TPM Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam bahasa Inggeris yang disifatkan oleh netizen sebagai tak lancar dan sebutannya tidak tepat dan jelas. Aku pun cuba tengok dan dengar menggunakan 'ear phone' dan masa aku tengok aku macam rasa ok saja, dan aku mula banding dengan diri. Macam mana lah boss aku punya tanggapan kat aku agaknya setiap kali aku dok berkomunikasi dengan dia. Tiba-tiba aku jadi sedih dan sebak sebab penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. Belum lagi baca komen-komen netizen dan fbrian lagi. Sedih. Serius. Asyik terfikir nak mantapkan penguasaan bahasa Inggeris tapi banyak tapinya. Sayang duit, sayang masa rehat hujung minggu. Ok. Dasar pemalas dan banyak alasan. Aku sebenarnya faham juga point yang cuba mereka sampaikan macam eh, tapi dia ni mewakili Malaysia, membawa nama Malaysia dan sebagai orang no. 2 negara perlu fasih bla bla bla. Tapi, minda aku teringat akan menteri Indonesia yang rileks je cakap bahasa mereka